Friday 22 August 2008

Minggu yang baru berlalu

Tiba masanya untuk saya mengerjakan kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu...

Kes tutorial Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) minggu ini berkisar tentang diabetes mellitus Jenis Kedua. Mungkin kamu pernah mendengar tentang rintangan insulin, kegemukan dan tekanan darah tinggi. Semuanya berkaitan dengan kes diabetes jenis ini.

Tidak lupa juga tentang tarikh akhir untuk menghantar esei Pengamalan Kesihatan (HP), lebih kurang dua minggu dari sekarang. Saya agak lega kerana telah memilih soalan untuk dijawab (terdapat 5 pilihan) dan sudah memikirkan beberapa soalan yang sudah pasti berkait rapat dengan kehendak soalan tersebut. Esei itu berkaitan dengan penyisihan dalam masyarakat dan kesannya kepada individu yang tersisih.

Saya tiba agak lewat (15 minit lambat) ke kuliah 8.00 pagi semalam. Namun, secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan persiapan saya ke setiap kuliah pada minggu ini. Nota dan ringkasan kuliah sempat saya baca dan serap sebelum mendengarnya disampaikan oleh pensyarah.

Lawatan ke hospital pada hari Rabu lepas juga amat menarik kerana hampir setiap ahli kumpulan (8 orang di bawah seorang doktor) berpeluang melakukan pemeriksaan fizikal (PE) ke atas 3 orang pesakit di wad. Pemeriksaan itu melibatkan bahagian tangan, muka, leher, belakang, dan yang paling penting, bahagian perut (abdomen). Doktor yang mengajar kami itu sangat bermurah hati memanjangkan masa kami di hospital, dengan menambah 45 minit. Sejam setengah menjadi dua jam suku, dan ini sangat baik sebagai pendedahan kepada hakikat dunia perubatan.

Sampai di sini sahajalah untuk kali ini.

Saya sebenarnya berfikir untuk menulis dalam loghat/dialek Sabah juga...tapi lain kali sahajalah.

2 comments:

The Bloody Stethoscope said...

lu punya malayu manyak hebat o!!!!

Anonymous said...

hahahahahah!!! lebih bagus dr sya punya.. lol!!

-meOw-