Satu lagi utusan dalam Bahasa Melayu. Persoalan: kematian.
Saya pertama kali menggunakan istilah "katakan" (cth. katakan x = tinggi bangunan) dalam Tingkatan 4, dalam subjek Matematik Tambahan.
Penggunaan katakan sebegini adalah suatu jenis anggapan (assumption). Katakan adalah suatu subset khusus dalam set umum anggapkan. Di sini, saya ingin mengupas suatu anggapan asasi yang kita gunakan setiap hari, mungkin tanpa sedar. Pertimbangkan senario berikut:
Tidak dinafikan bahawa anggapan ini sangat berguna; kalau saya akan mati esok, mengapa bersusah-susah mencari nafkah untuk sepanjang bulan hadapan ini? Dan tidak dinafikan juga, anggapan ini sangat munasabah. Purata jangka hayat adalah petanda yang agak sesuai untuk menganggar masa yang ada pada kita selepas lahir dan sementara menunggu mati. Purata jangka hayat warga Malaysia lebih kurang 70 hingga 80 tahun; jadi jika saya berusia 20 tahun, saya boleh menganggap maut masih menunggu lebih daripada 50 tahun lagi. Jika matra keempat (4th dimension) adalah masa, maka kalendar, jam dan buku sejarah merupakan alat rekaan manusia yang boleh menunjukkan berapa lama lagi hayat kita akan dikandung badan.
Sampai di sini sajalah kajian pada hari ini. Kita sudah melihat bagaimana istilah katakan adalah suatu bentuk anggapan, dan juga mempertimbangkan betapa mudahnya manusia membuat anggapan asasi ini: saya akan hidup lagi esok.
Dan jika anggapan ini tidak wujud, kemungkinan besar pentas kemodenan dunia tidak bergerak seperti sekarang.

Kes 1Sekarang, izinkan saya memperkenalkan seorang pembaca rekaan, namanya Crezki. Ini maklum balasnya:
Ali: Hei Ahmad, aku letih ah hari ni... Esok je lah kite main CS, ok?
Ahmad: Kau ni, aku dah datang rumah kau dah... Ah, aku tak nak datang main dengan kau lagi ah!
Kes 2
Abu: Alamak, I tak study lagi glycolysis! You ajar I Sabtu ni boleh? I nak bangun awal, tak nak bazir mase dah.
Bakar: Boleh je. I suke mental workout.
Usahlah menyoal tentang nama orang yang saya gunakan. Ali, Ahmad, Abu dan Bakar sangat popular dalam mana-mana cerita rekaan.
Hmmm, ade suatu corak persamaan yang saya lihat dalam perbualan ini - kesemua watak itu menganggap bahawa mereka akan hidup pada hari esok, dan hari lusa, dan beberapa ratus malah beberapa ribu hari lagi.Maksudnya, setiap ujaran kata dan pertimbangan yang dibuat oleh keempat-empat watak itu adalah berdasarkan anggapan bahawa mereka tidak akan meninggal dunia dalam masa terdekat ini.
Kematian bererti berakhirnya tindakan sebegitu, kerana mereka yang sudah mati tidak mampu membuat keputusan, bertutur kata, berfikir - pendek kata, tidak mampu membuat apa-apa. Dan kematian, amat sering kali, adalah proses yang tidak berbalik (irreversible).Anggapan ini membolehkan kita merancang hari esok, untuk melakukan sesuatu, misalnya permainan CS yang dirancang oleh Ali.
Terdapat pelbagai jenis rancangan lain: ingin pergi ke Kem Eksplorasi, ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading, ingin menjadi kaya, ingin menjadi dermawan, ingin menyumbang bakti kepada masyarakat... malah ingin menamatkan riwayat sendiri (atau orang lain).Sesetengah rancangan bercorak tidak ingin lagi: tidak ingin merokok lagi, tidak ingin menipu, tidak ingin bertemu dengan seseorang, dan sebagainya. Persamaannya, rancangan tersebut bercorak ke masa hadapan, dengan anggapan bahawa maut tidak akan tiba lagi.
Tidak dinafikan bahawa anggapan ini sangat berguna; kalau saya akan mati esok, mengapa bersusah-susah mencari nafkah untuk sepanjang bulan hadapan ini? Dan tidak dinafikan juga, anggapan ini sangat munasabah. Purata jangka hayat adalah petanda yang agak sesuai untuk menganggar masa yang ada pada kita selepas lahir dan sementara menunggu mati. Purata jangka hayat warga Malaysia lebih kurang 70 hingga 80 tahun; jadi jika saya berusia 20 tahun, saya boleh menganggap maut masih menunggu lebih daripada 50 tahun lagi. Jika matra keempat (4th dimension) adalah masa, maka kalendar, jam dan buku sejarah merupakan alat rekaan manusia yang boleh menunjukkan berapa lama lagi hayat kita akan dikandung badan.
Sampai di sini sajalah kajian pada hari ini. Kita sudah melihat bagaimana istilah katakan adalah suatu bentuk anggapan, dan juga mempertimbangkan betapa mudahnya manusia membuat anggapan asasi ini: saya akan hidup lagi esok.
Dan jika anggapan ini tidak wujud, kemungkinan besar pentas kemodenan dunia tidak bergerak seperti sekarang.
2 comments:
that's why in islam,we are asked to work just like we will live for 100 years n perform our worship just like we will die tomorrow...
Bernas.
Post a Comment